Puisi syabab.

Kitalah syabab,
kitalah pejuang,
semuanya berkisar tentang kita,
kerana kita diciptakan,
oleh Yang Maha Esa,
bukan sekadar seorang manusia,
yang tidak kenal erti Tuhan,
tapi,
kita diciptakan,
sebagai seorang hamba,
dan,
sebagai pembela agama kita,
ya,
pembela agama Islam....

Wednesday, 4 December 2013

" Aku ingin syahid di bumi ini..!! "



Namaku Saiful. Nama penuhku Saiful Islam Bin Abdullah. Aku dibesarkan di Selangor, Malaysia. Tanpa ibuku. Juga tanpa ayahku. Mereka meninggal dalam kemalangan jalan raya semasa aku masih kecil. Mungkin umurku ketika itu 1 tahun. Masih belum kenal erti kehidupan. Masih setahun jagung. 


Namun, apabila aku semakin meningkat usia menjadi seorang kanak-kanak, ternyata aku menjadi seorang budak yang pendiam. Tidak banyak bicara. Dan ketika ini, aku tidak punya ramai kawan. Aku sebenarnya dijaga oleh makcikku semenjak kecil lagi. Maknanya, aku tidak sempat merasa belas kasih ibu bapaku. 


Umurku meningkat lagi. Ya, itulah manusia. Itulah aku. Umurku sentiasa meningkat. Aku menjadi seorang remaja pula. Pada usia remaja, aku suka bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Tapi kadang-kadang, hati ini merasa dengki melihat kawan-kawan yang lain. Masih dapat merasai kasih si ibu dan si bapa masing-masing. Tapi, aku? Ahh.. Aku gagahkan saja diri ini pada waktu yang getir tersebut. Tak elok jika aku terus tidak redha dengan pemergian mereka. Jadi, aku redhakan saja pada waktu itu. Entah dari mana datangnya kekuatan tersebut. Sungguh berat hati ini. Terasa luruh jantung ini.


Dan, pada hari ini, nampaknya aku akan melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di Timur Tengah dalam jurusan agama. Flight aku pukul 9 malam. Mungkin, ini kali terakhir aku memijak bumi Malaysia. Nak pulang tahun depan? Huh, jangan mengharap sesuatu yang belum pasti. Aku tiada duit. Tapi, aku terus berharap kepada Yang Maha Berkuasa.


Aku mencapai beg-beg aku dan menariknya ke bahagian Balai berlepas. Sebelum masuk ke balai berlepas, aku mengucapkan terima kasih kepada makcikku yang sudi menjaga aku selama ini. Aku merasa sebak walaupun dia bukannya ibuku. Makcikku berpesan agar aku belajar bersungguh-sungguh di sana kelak. Peluang hanya datang sekali. So, grab it. Jangan pula lepaskannya.


Berbekalkan semangat yang telah aku himpun, aku menggagahkan langkah-langkahku. Terus menggagahkannya. Siapa tahu jika kaki ini tak mampu lagi untuk melangkah meneruskan perjuangan. Tapi, Allah Maha Pemurah. Diberi kepadaku sedikit kekuatan.


Flight pada malam itu selamat berlepas. Syukur. Perjalanan yang jauh memang membosankan. Dan aku bersendirian sekarang tanpa rakan-rakanku lagi. Mungkin 12 jam lagi aku akan sampai di negara Jordan. Dan aku sebenarnya melanjutkan pelajaranku di bumi Jordan. Di Universiti Mu'tah. 


12 jam di dalam flight cukup membosankan. Dengan tidur tidur dan tidur. Dengan pramugara pramugari yang sentiasa 'excuse me excuse me, coffee' bagai... Dengan hanya duduk membatu atas kerusi. Sumpah. Boring.


Dan alhamdulillah. Selamat juga mendarat di Queen Alia International Airport, di Amman, Jordan. Amman merupakan ibu kota negara Jordan. Iklimnya begitu berbeza dengan Malaysia. Pada waktu itu, suhu sejuk. Baru aku teringat yang Jordan ni negara yang mengalami empat musim. Tapi, empat musim di sini tidaklah begitu ketara seperti di Eropah. Aku tersenyum.


Kemudian, aku keluar dari bangunan airpot terpinga-pinga. Bingung. Ke mana harus aku pergi sekarang? Yang aku ingat, satu saja. Aku harus pergi ke EMJ. Education Malaysia Jordan. Ya, memang betul.


Setibanya di EMJ, para pegawai menyambut kehadiranku dengan gembira walaupun tidak dimaklumkan kepada mereka. Ibarat seorang raja datang singgah sebentar untuk berehat. Tapi tidak. Aku hanya seorang pelajar. Bila aku memberitahu aku akan memasuki Universiti Mu'tah, mereka segera menyiapkan kereta untuk menghantar aku. 2 jam perjalanan katanya. 


Di Mu'tah (nama sebuah bandar kecil berdekatan universiti), aku dimasukkan ke rumah senior. Hanya aku junior di rumah tersebut. Terasa kekok juga pada mulanya. Dan lusa, sesi pengajian akan bermula. Bermakna aku hanya punya hari ini dan esok saja untuk melepaskan penat.


*****


Hari ini, sesi pengajian akan bermula. Aku menyiapkan diri dan apa-apa yang patut. Pagi itu, aku memang bersemangat, kerana hari ini aku akan masuk ke Universiti buat pertama kali dalam hidupku.


Dalam perjalanan ke Universiti Mu'tah dengan menaiki coaster (sejenis van besar yang digunakan sbg pngangkutan awam), aku tertarik dengan satu signboard yang bertulis, Midan Al-Ghozwah Al-Mu'tah... bermaksud Medan Perang Mu'tah.. 


"Wow. Menarik."



                      medan perang Mu'tah...


Di universiti pula, aku langsung tak memahami pembelajaran pada hari itu, melainkan sedikit sahaja. Maklumlah pembelajaran fully arabic. Mungkin aku perlukan sedikit masa. Kata seniorku, kalau tak faham pada mulanya, itu perkara biasa. Lama-lama, faham la tuh. Begitulah katanya.


Perhatian aku sekarang lebih tertumpu kepada papan tanda semasa aku dalam perjalanan ke universiti tadi.


Aku singgah sebentar di tempat tersebut. Aku ingin tahu apa itu Perang Mu'tah. Tapi, aku masih tak faham. Yang aku faham, peperangan ini disertai oleh para sahabat Rasulullah s.a.w suatu masa dahulu. Dan, inilah medannya. Itu saja. Tapi tak mengapa, aku ada senior yang mungkin lebih jelas akan hal ni.


Keesokannya pula, aku singgah di tempat tersebut buat kali kedua. Tapi kali ini bersama seorang senior tahun 3 Fiqh wa usuluh (syariah) di Universiti Mu'tah. Dan, ternyata dia faham benar akan sejarah perang Mu'tah ni. Dia kata, tak sah jadi pelajar Mu'tah kalau x ingat kisah ini. Lalu dia menerangkan dengan panjang lebar. 


Apa yang buat aku kagum dengan kisah ini adalah, ramai dalam kalangan para sahabat yang syahid di medan ini. Medan ini telah menyaksikan betapa tingginya jihad para sahabat Rasulullah s.a.w dalam memperjuangkan agama tercinta, yakni Islam... Mereka sanggup berkorban demi untuk membuka kota Mu'tah dan menyebarkan Islam di sini. Sungguh! Aku terharu dan berasa sedih. Mereka sanggup bermati-matian demi menegakkan Islam, kerana Allah. Sedangkan aku? Oh, tidak. Aku tidak layak untuk dibandingkan dengan para sahabat Rasulullah s.a.w... Aku cuma insan biasa. Sedangkan mereka adalah sahabat Nabi Muhammad s.a.w..


Sejak daripada hari itu, aku terinspirasi dengan kisah tersebut. Tiap kali mahu pergi ke Universiti menaiki coaster, tiap kali melalui medan perang tersebut, aku teringat akan perjuangan para sahabat sehingga menemui syahid di bumi ini. 


"Sungguh! Aku ingin syahid di bumi ini..!!"


~TAMAT~


*watak 'aku' dlm cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan manusia di alam nyata atau haiwan di tepi jalan raya.

No comments:

Post a Comment