Puisi syabab.

Kitalah syabab,
kitalah pejuang,
semuanya berkisar tentang kita,
kerana kita diciptakan,
oleh Yang Maha Esa,
bukan sekadar seorang manusia,
yang tidak kenal erti Tuhan,
tapi,
kita diciptakan,
sebagai seorang hamba,
dan,
sebagai pembela agama kita,
ya,
pembela agama Islam....

Monday 2 December 2013

Krisis hidup. Enjoy atau berjuang? (bhgn. 2)

"Assalamu'alaikum...", seseorang menegurku.


Teguran itu menyedarkan aku dari lamunan aku.


"Jauh termenung nampak. Ada masalah?"


Oh. Rupanya rakan seuniversitiku. Firdaus.


"Ermm.. Tak de pape Firdaus. Aku biasa-biasa je. Tak de masalah."


"Betul tak de pape? Sebab aku tengok kau sekarang dah tak seperti dulu. Kau banyak diam dan termenung. Kenapa?"


Aku terdiam. Tidak mampu mengucapkan sesuatu yang boleh melepaskan aku dari soalan tersebut.


"Cakap je Rif. Mungkin aku boleh tolong.". Rif adalah panggilan diriku. Rakan-rakanku memanggilku Rif. Singkatan perkataan Arif.


"Ada la sikit masalah. Masalah peribadi."


"Oo, tak pe Rif. Aku faham. Mungkin lebih baik kau diamkan sahaja. Tapi, kalau kau perlukan aku, aku sentiasa ada...", katanya memberi aku secebis harapan.


"Yang kau duduk sorang-sorang kat kedai mamak ni kenapa? Aku kebetulan lalu tadi, aku tegur la."


"Aku minum-minum kopi jap. Letih. Lagipun cuaca sekarang ni sejuk. Best jugak pekena kopi panas sekali sekala."


"Betul jugak tu. Lagipun, aku pun lapar ni. Baru balik dari shopping tadi. Esok birthday ayah aku. Beli hadiah.", kata Firdaus sambil menunjukkan beg-beg kertas yang berisi barangan yang baru dibelinya tadi.


"Mamak. Teh O panas satu. Nasi goreng berapi punya, satu.", jerit Firdaus.


Malam itu, kami berbual panjang. Maklumlah cuti weekend. Aku sentiasa pulang. Lagipun, jarak antara universiti dengan rumah aku, bukannya jauh pun. Dan esok, aku akan kembali semula ke universiti tercinta.


*****


Enjin motor Ninja Kawasaki aku dihidupkan. Bunyi ekzos motorku memecah kesunyian di kawasan perumahan berbukit itu. Aku segera menunggangnya. Dalam hati, berdoa, agar diselamatkan perjalanan aku untuk menuntut ilmu.


Aku memecut laju. Mungkin mencecah 250 km/j... Jalan highway, siapa yang tak mahu laju. 


Namun, tak siapa yang tahu. Malang memang tidak berbau, apatah lagi dilihat oleh mata kasarku. Sekadar hati yang sedikit gelisah. Dan, memang terbukti, akhirnya aku kemalangan.


"Banggg!!", dentuman kuat berbunyi.


Aku tidak lagi sedar selepas itu. 


Dan, apabila aku sedar. Aku di sisi ibu bapaku. Tanganku berbalut. Kakiku tergantung. Suasana semuanya menjadi kabur bagiku. Bukan kabur mata yang memandang, tapi kabur terhadap apa yang telah terjadi pada diriku.


"Arif accident minggu lepas. Seminggu Arif koma. Mujur Allah masih bagi peluang kepadamu wahai anakku.", kata ibuku. Aku menangis sehendak-hendaknya. Bersyukur ke hadrat Allah. Masih diberi peluang untuk hidup dan yang pasti, untuk berjuang.


"Alhamdulillah Ya Allah."


*****


7 Bulan Kemudian


Aku kembali semula ke universiti. Semester lepas terpaksa aku tangguhkan ke semester ini. Aku masih ingat kata-kata Amir. Surah al-Baqarah, ayat 30. Dan, aku telah menghafal ayat tersebut. Tapi, masih tidak benar-benar faham akan maknanya. 


Hasratku ingin berjumpa lecturer subjek tafsir al-Quran. Dan, tidak lupa juga, berjumpa dengan Amir. 


Aku melangkah ke bilik Ustaz Shafi'e, lecturer tafsir al-Quran di universitiku. 


"Assalamu'alaikum..", aku mengetuk pintu bilik.


"Wa'alaikumussalam. Ya, silakan masuk.", balas ustaz dari dalam biliknya.


Perasaanku sedikit gementar. Namun, aku tetap melangkah. Aku bertanya khabarnya dan berborak sebentar sebelum melontarkan soalan yang cukup padu ini.


"Ustaz, apa maksud hidup kita ni perlu berjuang?", aku bertanya walau ada sedikit rasa segan dengan ustaz yang aku respect ni.


"Berjuang? Ermm... Perjuangan itu luas. Dan perjuangan bukan sekadar mengorbankan diri semata-mata, bahkan mengorbankan harta benda, masa, nyawa, dan segala-galanya.."


Aku pelik.


"Mungkin awak x faham. Okey. Bila berjuang, kena ada dasar yang benar. Iaitu Allah Ta'ala. Kita berjuang kerana Allah. Dalam perjuangan kerana Allah ini, ya, kita kena korbankan segalanya, asalkan selari dengan syariat."


Kemudian, ustaz menambah lagi, "Para sahabat dahulu, sanggup mengorbankan jiwa, harta dan segala-galanya demi kemenangan Islam. Dan, berjuang bukan hanya sekadar berperang. Tapi, lebih dari itu. Perjuangan kita adalah menegakkan yang haq (benar), iaitu Islam dan melawan kebatilan (salah)."


"Tapi ustaz, kalau.....", aku cuba bersuara, namun kata-kataku pantas dipotong oleh ustaz.


"Contoh yang sedikit kompleks, berjuang menegakkan khilafah islamiyyah. Yang mana, bermula daripada 5 asas. Ingat, 5 asas. Individu muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim, negara islam dan khilafah islamiyyah. Dan, pembinaan khilafah islamiyyah bermula dengan diri kita (individu), iaitu, kita membina diri kita dengan menurut perintah agama. Dan, itulah yang sedikit susah. Perlukan kesabaran dan perjuangan."


"Oo, saya faham ustaz. Itulah perjuangan. Amat luas maknanya. Dapat ditafsir dengan berbagai-bagai. Terima kasih ustaz. Saya pun sebenarnya ada janji nak jumpa kawan saya lepas ni, jadi saya nak minta diri dulu. Boleh ye ustaz?", aku meminta izin dengan penuh sopan.


"Silakan silakan. Tiada masalah.", perbualan kami diakhiri dengan ucapan salam antara satu sama lain.


Aku pulak baru teringat yang Amir nak jumpa aku sebenarnya. Mujur aku teringat. Sebenarnya, Amir ada menelefon aku semalam, lepas dapat tahu yang aku akan kembali ke universiti semula.


Tepat jam 2 petang, selesai solat zohor, aku bertemu dengannya seperti yang dijanjikan. Di masjid.


"Camne? Dah jumpa dah jawapannya?", tanya Amir setelah dia bertanyakan khabar aku.


"Alhamdulillah, dah jumpa. Aku tanya Ustaz Shafie tadi. Dia terangkan dengan cukup panjang. Dan, alhamdulillah, aku betul-betul faham sekarang. Apa pun, thanks friend. Kau dah banyak bantu aku.."


"Alhamdulillah.. Syukur la kalu dah faham. Tak payah aku nak terangkan panjang-panjang. Erm Arif, apa kata kalau kau join *usrah aku? Sebab, masih banyak lagi benda yang kita tak tahu. So, melalui usrah, pelbagai perkongsian ilmu dapat dimanfaat oleh kita."


"Tapi, usrah tu ape?"


"Err, camni la. Senang citer, usrah dapat merapatkan ukhuwwah antara ahli-ahlinya, yang mana asas kepada dakwah adalah ukhuwwah. So, ada masalah apa-apa, kita boleh rujuk ahli usrah kita. Yang salah dibetulkan, yang betul menjadi contoh kepada kita...",  terang Amir bersemangat.


"Mungkin boleh, insyaAllah. Aku nak *istiqamahkan diri ini dengan tarbiyyah islamiyyah.", aku tersenyum.


"Amir, jom aku belanja kau makan nasi ayam kat cafe sana. Kau tak payah nak menolak.", aku terus menarik tangan Amir menuju ke cafe tersebut.


Dan, pada hari itu, semuanya kembali terang. Terang daripada segala masalah yang membelenggu jiwa ini. Sungguh, aku sanggup mati demi Islam.. Kerana, syurga menanti kita kelak di akhirat sana.





~TAMAT~

Nota kaki:
*usrah = ibarat suatu keluarga, yang terdiri daripada ahli-ahli bukan keluarga kandung, untuk membina ukhuwwah. (payah nak describe maksud usrah, kena join baru tahu, hehe. tapi, siyes best usrah... try la)

*istiqamah = berterusan

No comments:

Post a Comment