Puisi syabab.

Kitalah syabab,
kitalah pejuang,
semuanya berkisar tentang kita,
kerana kita diciptakan,
oleh Yang Maha Esa,
bukan sekadar seorang manusia,
yang tidak kenal erti Tuhan,
tapi,
kita diciptakan,
sebagai seorang hamba,
dan,
sebagai pembela agama kita,
ya,
pembela agama Islam....

Friday 6 December 2013

Di sebuah lorong kecil itu...

Fuhh. Kerja memang memenatkan. Nak jaga karrier la katakan. Lebih-lebih lagi, aku sekarang berada di Knightsbridge, London. Sebuah daerah di negeri London. Merupakan salah satu daripada dua pusat bandar bertaraf antarabangsa selain West End. Taraf hidup di sini memang tinggi. Kadang-kadang terasa nipis juga poket ini. Maklumlah, aku suka membeli-belah. Siapa kata perempuan sahaja yang sukakannya.
 

Knightsbridge, London.


Aku sebenarnya seorang warga Malaysia. Tapi, aku bekerja di sini. Di kota yang amat besar. Aku bekerja di sebuah syarikat perniagaan yang tidaklah begitu besar, sebagai COO (Chief Operating Officer). Bermakna, aku orang besar dalam syarikat tersebut. Dan, aku sebenarnya bertanggungjawab untuk melaksanakan operasi harian syarikat ini dan perlu melaporkannya kepada CEO syarikat. Itu saja yang aku perlu buat secara kasarnya. Namun, bukan semua orang mampu menjawat jawatan ini, kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah.


Bagaimana aku boleh bekerja di sini, itu kisah lamaku. Ada kisah disebalik semua ini.


Namun sekarang, aku masih ingat asal usul aku. Aku bukanlah seperti kacang yang melupakan kulitnya.


Jadi, walaupun aku hidup di bandar yang besar, bukan bermakna semua penduduknya kaya raya. Terdapat juga golongan yang susah. Hatiku luluh dan sedih bila melihat golongan-golongan ini meminta belas ihsan daripada orang awam.


Aku sebenarnya mempunyai satu harapan, iaitu agar mereka tidak hidup dalam kebuluran.


Senyum.


*****


"I'm ready to work.", aku bermonolog tatkala menilik diriku dalam cermin di ruang tamu rumahku. Aku suka memberi semangat kepada diri sendiri.


Dan, seperti biasa, aku ke pejabat. Tiap kali aku melalui sebuah lorong ini untuk ke pejabat, aku akan menghulur sedikit wang sebagai pertolongan kepada seorang makcik di kawasan ini. Kalau di Malaysia, dipanggil golongan setinggan. Makcik tersebut hidup dalam susah di tengah-tengah kesenangan kota.





Begitulah hari-hari seterusnya, aku tetap menolongnya walaupun aku tak kenal siapa makcik tersebut. Hatta walau bercakap sepatah pun tak pernah. Setakat Hello dan Hi tu memang ada lah sekadar untuk menceriakan hatinya.


Malam itu, aku jalan-jalan di Kensington. Bersama rakan-rakan aku di sini. Melepaskan stress. Maklumlah, nak juga shopping sekali sekala. Aku memang minat bab-bab shopping. Lagipun, kelengkapan musim sejuk pun masih belum cukup. So, aku beli sebelah-belahnya, dan kemudian blah.


Tapi, siapa tahu. Mungkin semalam adalah hari terakhir aku bersuka ria. Kerana pada pagi ini, setibanya aku di pejabat, aku terbaca satu notis yang tertampal pada pintu utama syarikat tempat aku kerja. BANKRUPT. Dan, aku cuba untuk mendapatkan pengesahan daripada majikan aku. Ternyata, ianya benar.


Aku tak pernah membayangkan situasi seteruk ini. Tiada kerja. Tiada pendapatan. Tiada wang. Tiada segala-galanya. Sungguh, aku hilang akal. Buntu. Pedih. Sedih. Tiada perkataan yang mampu menggambarkan jiwa ini. Jiwaku berkecamuk. Kacau. Ahh.. Bingung. Apa harus aku buat sekarang? Aku tak punya keluarga di England ini. Keluargaku jauh di Malaysia sana. Bunuh diri? Hatiku berdetik. Bisikan-bisikan halus mula berbisik lembut. Ahh! Aku tak bodoh. Aku x akan melakukannya. Ia tak akan selesaikan masalah aku. Takkan aku ingin akhiri riwayat ini dengan jalan pintas yang bodoh, hina dan mendapat murka Allah? Oh, aku pening sekarang. Tapi, aku untung kerana aku masih ada Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah. Ya, betul tu. Aku masih beruntung sebenarnya. 


Hari esoknya, pagi. Aku tetap melalui lorong tersebut. Tapi, kali ini bukan untuk ke tempat kerja. Kali ini, aku ingin menziarahi keluarga tersebut. Mungkin aku dah menganggap mereka sebagai keluarga aku di sini walaupun aku tak mengenali mereka. Entah mengapa, aku sendiri pun tidak tahu.


Rupa-rupanya makcik ini menyara tiga anaknya. Bukan sendirian. Siapa tahu, dalam stor (rumah) yg kecil itu, tinggal 4 orang beranak di dalamnya. 


"What are your name dear?", aku bertanya kepada semua anak-anaknya. 


"John"


"Philipp"


"Susan"


"Ouh, you all have good name. Erm.. Are you still going to school or have quitted from it?"


"No no.. We are still going to school. Chelsea Free Secondary School.", John, selaku abang yang sulung menjawab bagi ketiga-tiga pihak mereka. Mereka senyum terhadapku. Senyuman yang tidak sepatutnya muncul pada wajah-wajah yang hidup dalam keperitan. Tapi, mereka amat tabah menghadapinya. Aku kagum terhadap mereka sekeluarga. Ini memberikan aku sedikit semangat sebagai bekalan untuk aku meneruskan hidup ini tanpa kerja. Juga tanpa pendapatan bulanan seperti dahulu.


Sebelum aku beredar, aku menghulurkan  sedikit wang seperti kebiasaannya sebagai bantuan kepada mereka. Bagi aku, walaupun mereka non-muslim, Islam tak mengharamkan kita untuk menolong mereka. Mereka bukan kafir harbi. Iaitu orang kafir yang memusuhi Islam. Inilah dakwah yang aku perlu perjuangkan di bumi Allah, London ini. Mana tahu jika mereka akan tertarik terhadap Islam suatu hari nanti.


Duit simpananku dalam bank hanya tinggal £200 pound sterling sahaja lagi. Oh, Ya Allah. Mungkin hanya cukup untuk beberapa hari saja lagi. Balik Malaysia? Mungkin tak. Aku kena survive hidup ini walau sepahit mana pun. Lagipun tiket London-Kuala Lumpur sangat mahal. Mencecah 900 pound. Sedangkan duit aku hanya tinggal 200 pound. 


Aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal kepada Allah Ta'ala. Semoga dipermudahkan segalanya. Doa itu kan senjata mukmin. Aku yakin. Tapi, aku perlu berusaha. Bukan hanya berdoa dan bertawakkal, itu malas namanya.


Aku menarik nafas dalam-dalam. Mencari sedikit ketenangan. Oksigen mula meresap masuk ke dalam alveolus-alveolusku. Menambah kepekatan oksigen dalam darah. Terasa sedikit lega.


Petang itu, aku pulang ke rumahku seperti biasa. Memandu kompressor putihku. Sampai sahaja di rumah, aku mencapai akhbar The Daily Telegraph yg kelihatan sedikit terkeluar drpd peti surat rumahku. Aku melangganinya setiap hari. £1.2 sahaja. Kerana aku tak suka menjadi 'katak di bawah tempurung'. Itulah aku.


Aku mengisi masa yang terluang membaca akhbar. Ingin tahu isu-isu yang berlaku dalam negara walaupun aku sendiri ditimpa masalah yang amat-amat besar dalam hidupku. Tak pernah menjangkau fikiranku.


Dan, mataku yang liar membaca tadi, kini tertumpu pada 3 perkataan yang amat menggembirakan aku.


Assistant Director Needed.


"Alhamdulillah Ya Allah. Ya, aku yakin dengan kekuasaan-Mu Ya Allah. Dan kini ia terbukti." Aku melafazkan kalimah syukur. Sungguh, aku merasa seperti ada sinar baru dalam hidupku meskipun kerja itu masih belum tentu akan aku perolehi.


Senyum. 


"Ini peluangku."



*****


Hari ini, aku berada di Mayfair, London. Sebuah bandar yang sangat mewah. Menempatkan hotel-hotel mewah dan pejabat syarikat-syarikat besar. Aku di sini bukan untuk bercuti. Tapi, aku menghadiri satu interview merebut jawatan Assistant Director sebuah syarikat yang besar. Dan, aku sangat bersyukur kerana aku memiliki semua kelayakan yang disyaratkan. Alhamdulillah. Syukur. 


Rezeki tak siapa yang tahu. Telah tertulis sejak aku di alam rahim lagi. Dan, siapa sangka aku berjaya mendapatkan kerja tersebut.


Congratulations Mr. Salleh! You
have succeeded in the past interview.
You got the rank. 
And tomorrow, you have to come to our office.
Make your day tomorrow.
                         
                                  [CEO]


"Alhamdulillah..", aku mengucap syukur panjang-panjang. Aku bertuah.


Dan pagi esoknya, aku melaporkan diri di pejabat tersebut di Mayfair. Aku dibawa oleh seorang pekerja di situ untuk meninjau kawasan pejabat baru aku. Dan, diberi sedikit briefing tentang apa skop tugasku. Aku juga diperkenalkan kepada rakan-rakan baruku yang akan bersama-sama bekerja denganku dalam satu pejabat. 


"You can start your work by tomorrow Mr. Salleh.", pekerja tersebut berlalu sambil menghulur senyuman.


Bermakna, hari ini aku masih tak perlu mulakan kerja aku lagi. Sekadar membiasakan diri sengan persekitaran yang baru. Mungkin terasa sedikit kekok.


Aku menyangka hidup ini telah kembali normal. Aku punya kerja. Punya pendapatan yang tetap. Tapi, pagi esoknya, aku dipanggil oleh CEO syarikat. Aku dihantui berbagai persoalan. Kenapa? Kenapa aku? Aku hanya mampu berdoa tatkala diberitahu sedemikian. Pelbagai kemungkinan cuba aku ciptakan. Untuk meredakan segala kerunsingan yang bermain di kepalaku.


Aku menggagahkan diri melangkah ke bilik CEO. 


Sekali lagi aku terkejut. CEO tadi memberikan aku sejumlah not £100 pound sterling. Rezeki. Tapi, aku masih pelik. Mengapa tiba-tiba beri aku 100 pound. Rasuah? 


"Just take the money. It is a bonus for you although you are very new here. But, this is our own way to make the employees always hardwork in their work.", CEO tadi tersenyum. Ternyata, aku juga mengukir senyuman. Rezeki lagi. 


"Thank you Mr. Alex. I'll do my best."


Aku lega. Alhamdulillah. Aku masih tak lupa untuk bersyukur. Aku yakin ini adalah balasan yang Allah beri terhadap aku. Sebab, aku sentiasa meringankan tangan aku yang berat ini untuk sentiasa menolong orang yang memerlukannya. 


Dan sepanjang aku bekerja di situ, rezeki aku semakin bertambah. Memang benar apa yang Islam ajar kepada umat-umatnya, ringankan tangan untuk bersedekah. Ya, sedekahlah walau hanya 10 pence sahaja. Buktinya, aku sekarang dilimpahi rezeki dari arah yang aku sendiri tidak menyangkanya. Banyak. Dan sememangnya ia datang daripada Allah. Kita tak akan rugi jika kita sentiasa bersedekah. Dan, aku masih ingat akan makcik tersebut, juga keluarganya. Walaupun aku sekarang bekerja di Mayfair, dan sudah tidak melalui lorong tersebut, tapi aku tetap akan singgah di situ ketika pulang dari kerja. Bagi aku, istiqomah itu penting.


Dan, nasihat aku, mulalah untuk bersedekah walau sedikit. Bukan nilai yang menjadi masalah, tapi sikap kita yang menjadi masalah.  



~TAMAT~ 

No comments:

Post a Comment