Puisi syabab.

Kitalah syabab,
kitalah pejuang,
semuanya berkisar tentang kita,
kerana kita diciptakan,
oleh Yang Maha Esa,
bukan sekadar seorang manusia,
yang tidak kenal erti Tuhan,
tapi,
kita diciptakan,
sebagai seorang hamba,
dan,
sebagai pembela agama kita,
ya,
pembela agama Islam....

Tuesday 3 December 2013

Cerpen 'Antara dua jalan'.

First and foremost, cerpen ni ditujukan khas kepada para pelajar di depan skrin sekalian (termasuk saya) dan umum kepada semua 'kipas susah mati' blog Syabab Al-Yaum ni..


So, sebelum nak mulakan cerita yang terlalu rumit konfliknya, lebih baik jika anda sediakan tisu di sebelah anda, takut-takut ada yang menangis. Cehh, tak de la.. Just buka pemikiran anda untuk betul-betul memahami apa yang saya cuba sampaikan. Okey?


Jadi, selamat membaca cerpen Antara Dua Jalan... 






#####

"Yeah! Strike lagi.", aku mengangkat tangan tanda bangga.


"Kau ni selalu je.. Aku memang tak puas hati dengan kau Din.", rakan aku mula bersuara. Namanya Fakhrurrazi. Razi panggilannya.


"Biasa bro. Hehe..". Aku tersenyum girang. Mana taknya, 2 game aku menang. Raja boling la katakan.


Fakhrurrazi ni pelik sebenarnya. Walaupun kalah, dia tetap positif. Aku kadang-kadang terdetik juga, dia ni x de perasaan ke apa? Tapi, aku sebenarnya dah lama kenal dia. Dah 6 tahun, sejak sekolah menengah lagi. Mungkin sebab dia dah biasa kalah. Haha. Tapi, dia pun ada basic agama. Mungkin sebab tu dia lebih bersabar. Tapi aku? Ada la sikit-sikit.


"Razi, jom la balik. Aku penat dah seharian round Mall ni ngan kau.", aku bersuara sedikit tegas. Aku benar-benar penat. 


"Hmmm...", Razi mengiakan sahaja.


Dalam perjalanan pulang pula, Razi cukup lantang bercerita. Tak habis dengan cerita masa cuti dahulu, hingga lah masuk cerita-cerita kartun. Habis semua nak dibolotnya. Itulah Razi, seorang yang suka berbicara. Wakil debat Mahasiswa Malaysia ke peringkat antarabangsa.


*****


"Allahuakbar! Allahuakbar!", azan Maghrib mula berkumandang.


Aku terus mempersiapkan diri untuk ke masjid. Tiada lagi warden asrama yang datang untuk mengerahkan aku ke masjid seperti zaman persekolahan dahulu. Aku rindu zaman tersebut. Satu per satu memori tersebut menerjah fikiranku.


"Semua pelajar diminta ke masjid sekarang juga."


"Kau nak kena rotan ke? Orang azan baru nak mandi."


"Dah berapa kali saya cakap. Pelajar mesti solat berjemaah di masjid. Degil betul budak ni."


"Wei Din. Jauh termenung nampak. Ingat kat sape ni?"


Diam sebentar. Kemudian gelak ketawa kami pecah jua. Kami tergelak.  Gelak tanpa sebab. Itu sudah terbiasa bagi aku bila bersama Razi.


"Tak de pape. Jom ke masjid. Lepas ni ada forum perdana pulak dekat Masjid Universiti."


"Jom jom.."


Solat Maghrib diimamkan oleh panel forum malam ni. Sungguh merdu suaranya.


Usai solat. Forum dimulakan. Forum yang mendapat sambutan lebih seribu warga Universiti memang diluar jangkaan semua pihak. Mungkin kerana tajuk yang begitu gah dan menarik. 'Mengejar sijil atau mengejar keberkatan?'.


Tajuk disyarahkan dengan begitu jelas oleh panel-panel yang hadir. Jiwa ini terasa ditembak berdas-das. Sakit. Memang tajuk ini kena dengan mahasiswa universiti. 


Antara kata-kata berbisa yang sempat aku tangkap...


"Kalau hidup sekadar hidup, beruk di hutan pun hidup. Letakkan keberkatan mengatasi sijil, insyaAllah sijil akan menjadi milik anda."


"Hidup perlu membuat pilihan. Jadi, pilihlah antara dunia dengan akhirat. Siapa yang mengejar akhirat, dunia akan mengejarnya. Siapa yang mengejar dunia, akhirat akan meninggalkannya."


Zupp! Hati ini bergoncang. Bercelaru. Mungkin dunia. Mungkin akhirat. Tapi, cita-citaku sejak kecil, aku nak memiliki pangkat yang tinggi, gaji besar, rumah mewah, kereta besar, dan segala-galanya. Aku ingin segala-galanya. Ya, itulah aku.


Dan, malam itu. Aku kebingungan. Antara dua jalan. Dunia. Atau akhirat.


Malam itu juga, aku beristikharah. Memohon petunjuk Ilahi. Mohon diberi jalan yang benar. Sirotol mustaqim. Adakah aku patut meninggalkan Universiti ini semata-mata untuk mendalami agama? Adakah aku patut tinggalkan segala impian aku sejak kecil lagi demi akhirat? Sungguh Ya Allah, aku memohon petunjuk dari-Mu.


*****


Hujung minggu itu, aku merancang untuk ke Mall sekali lagi. Melepaskan tekanan yang membelenggu jiwa ini. Tapi, takdir Allah, aku tidak pergi. Sebaliknya, aku menyertai suatu program keagamaan berbentuk sukarelawan di ibu kota. Anjuran sebuah persatuan di universitiku. Program pengagihan bubur Asyura' kepada masyarakat sekitar. Mungkin lebih tepat jika disebut gelandangan. Ya, mereka tiada rumah.


"Din, tolong pass bubur ni.", minta seorang sukarelawan kepada aku.


"Okey."


"Alhamdulillah. Akhirnya, kita berjaya mengagihkan bubur-bubur ni kepada mereka yang memerlukan. Syukur."


"Alhamdulillah.", aku turut mengucap syukur.


"Din, macam mana tiba-tiba kau boleh nak join program kitorang? Maaf la kalau soalan sedikit straight to the point.", tanya seseorang itu tadi.


"Err, sebenarnya aku dah insaf. Aku nak tinggalkan segala maksiat, dosa dan dunia yang aku banggakan selama ini. Aku dah stop berniaga dan aku dah letak jawatan persatuan rekreasi di universiti. Aku nak berdakwah. Aku lebih memilih akhirat. Aku nak tuntut ilmu agama.", aku bersuara walau sedikit ragu-ragu untuk menceritakannya. Tapi, berbekalkan sedikit kekuatan, ku gagahkan jua bicara ini. Seperti ada sesuatu yang menggerakkan lisanku ini.


"Maafkan aku sahabat. Apa maksud kau, tinggalkan dunia?"


"Aku just nak kejar akhirat. Sebut saja dunia, memang aku menyampah. Aku benci."


"Mmm.. Aku rasa kau dah salah faham ni."



"Kau tahu apa? Kau ingat kau boleh nak sesatkan aku? Kau nak aku kembali kepada dunia? Huh?", aku merengus.


Situasi menjadi tegang. Aku marah. Marah semarah-marahnya.


"Sabar sabar.. Aku sahabatmu wahai Sudin. Tak mungkin aku nak sesatkan kau Din. Tak, aku maksudkan tadi, mungkin kau salah faham dengan konsep kejar akhirat tu.", dia cuba untuk menerangkan. Sementara, aku pula terkedu. Apa yang telah aku marahkan sangat ni.


"Din, kejar akhirat ni maksudnya, kau bermatlamatkan akhirat. Niat lillahi Ta'ala, kerana Allah. Buat sesuatu dengan ikhlas. Memang betul kau kena tinggalkan dosa dan maksiat. Tapi, jangan pula mengabaikan dunia. Kerana, kita sekarang hidup di dunia. Kita kena usahakan dunia, dengan syarat demi Islam, kerana Allah. Kau masih kena teruskan berniaga. Teruskan berpersatuan. Islam tak halang semua tu. Tapi, jangan sampai mengabaikan akhirat. Tuntutlah ilmu fardhu ain. Ianya wajib...", terangnya lagi.


Aku malu. Tidak tahu di mana aku ingin sorokkan muka yang jahil ini. Aku sedih. 



Baru sekarang aku faham. Aku masih perlu terus berniaga dan berpersatuan. Tapi, niat perlu ikhlas kerana Allah. Begitu juga dengan belajar. Bukan hanya mengejar sijil, tapi mengejar ilmu. Untuk membangunkan tamadun Islam yang sudah terbina dahulu kala. Aku sekarang berada di antara dua jalan, keredhaan-Nya atau habuan dunia semata-mata. Pilihan ditanganku.

No comments:

Post a Comment