Puisi syabab.

Kitalah syabab,
kitalah pejuang,
semuanya berkisar tentang kita,
kerana kita diciptakan,
oleh Yang Maha Esa,
bukan sekadar seorang manusia,
yang tidak kenal erti Tuhan,
tapi,
kita diciptakan,
sebagai seorang hamba,
dan,
sebagai pembela agama kita,
ya,
pembela agama Islam....

Sunday 1 December 2013

Krisis hidup. Enjoy atau berjuang?

Aku. Aku seorang manusia. Aku seorang pelajar. Ini kisahku...


*****


Cuaca pada malam itu sangat dingin. Aku kesejukan. Kopi yang masih panas segera aku hirup.


Lazat.


Aku sekarang seakan-akan hilang arah tuju. Bergelut dengan perasaan sendiri. Meronta-ronta dalam diam. Rakan-rakanku. Mereka tidak pernah faham akan perasaanku. Aku ingin berlari sejauh mungkin. Tapi, semestinya tidak. Aku tidak boleh lari daripada masalah aku. Kata-kata Amir 3 hari lepas masih terngiang-ngiang dalam kepala aku. Berbisik-bisik. Memori itu kembali bermain dalam fikiranku...


"Kawan. Cukuplah dgn segala permainan busukmu itu. Aku dah tak tahan dengan perangai kau lagi."


Ahh. Pedih hati ini. Mana mungkin aku tidak sedih. Sahabatku yg paling aku rapat melontarkan perkataan yang amat berat untuk aku telan.


"Kalau kau masih nak teruskan dengan kerja-kerja ni, sumpah aku tak nak tengok lagi muka kau."


Amir berlalu pergi meninggalkan aku. Langkahnya kelihatan sedikit laju. Mungkin dia benar-benar marah terhadap aku. Terasa diri ini begitu bodoh. Aku menangis sambil menekupkan tangan ke mata.


"Sahabatku. Mana mungkin aku meninggalkanmu bersendirian menghadapi masalah-masalah getir hidupmu. Aku yakin kau perlukan seseorang untuk menyokongmu. Dan akulah orangnya."


Amir meletakkan tangannya di atas bahuku. Dia menepuk-nepuk bahuku tanda memberi aku semangat untuk tidak terus mengalah.


"Perjalanan kita masih jauh. Hidup ini perlukan perubahan. Jika ingin kebahagiaan, carilah Allah Ta'ala wahai sahabatku. Jika kau ingin kesengsaraan, ya, carilah nafsumu yang memang tidak pernah puas dengan dunia ini dan nikmatilah ia."


"Terima kasih Amir.", aku membalas pendek. Bicaraku sedikit putus-putus.


"Jom kita ke surau. Solat dhuha. Cari Allah."


Aku tidak menolak ajakan Amir. Tidak pula menerima. Tetapi, hanya mengikut sahaja langkahnya dari belakang.


*****


Selesai solat dhuha, Amir menghadapkan badannya ke arah aku. Aku bimbang jika masih ada sesuatu yang dia ingin lakukan. Takut jika diri ini ditembak sekali lagi oleh peluru-peluru lisannya.


"Kau rasa tak something better dalam perasaan kau? Maksudnya... ermm, ada rasa sedikit ketenangan tak?"


"Ya Amir. Ikhlas aku cakap, aku rasa lebih tenang berbanding sebelum ni. Terima kasih Amir."


"Tak tak. Berterima kasihlah kepada Allah."


"Camne?"


 "Kau gunakan anggota badan kau ke arah kebaikan. Ikut apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah Ta'ala larang. simple kan? Islam ni tak menyusahkan umatnya."


"Oo, ok mir. I got it."


"Jap.. Aku ada satu persoalan untuk kau fikir-fikirkan.", kata Amir sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih bersinar. Kegemarannya bersugi kerana ia sunnah Nabi Muhammad s.a.w...


"Adakah kita ni, manusia,diciptakan sekadar untuk makan, minum, tidur, kahwin, kerja, mudah kata untuk enjoy hidup ini, atau untuk berjuang? Kau boleh buka surah al-baqarah, ayat 30. Mungkin boleh membantu. ", Amir menyambung...


"Dah dapat jawapan, jumpa aku.", kata Amir sambil menepuk bahuku sekali lagi. Dia berlalu pergi. Aku yakin, tepukannya itu sebagai dorongan untuk aku terus mencari Allah Ta'ala.


"Terima kasih sahabatku..", mulutku berbicara tanpa disedari.....





#bersambung

No comments:

Post a Comment